https://dapantiislam.wordpress.com/

Formula Cukai Jalan atau Road Tax kenderaan di Malaysia sudah lama ketinggalan zaman.
Bayangkan . . . dari zaman penjajah hingga sekarang, Cukai Jalan dihitung mengikut saiz enjin atau c.c. (cubic centimetres).
Dulu-dulu mungkin ini praktik . . . dimana Mercedes-Benz W111 220S “Batman” (2195 cc) ber-enjin lebih besar dari Morris Oxford (1622 cc) yang juga lebih besar dari Fiat 600 (633 cc). Kereta besar akan ber-enjin c.c. besar dan sebaliknya.
Tetapi dimasa kini . . .
Innovasi kejuruteraan dan teknologi hybrid menghasilkan kereta mewah ber-“performance” tinggi dengan enjin semakin rendah c.c. nya. Fenomena ini telah sampai ketahap dimana Cukai Jalan kereta mewah yang hampir mencecah RM300,000 (dengan enjin 1400 – 1600 cc) jauh lebih murah dari kereta terpakai harga RM15,000 (dengan enjin lebih 2000 cc).
Inilah the ultimate Regressive Tax . . . dimana yang semakin tidak mampu dikenakan cukai LEBIH dari yang semakin mampu. Timbul lah adegan cikgu pencen pandu Mercedes-Benz W124 260E zaman awal 90an dengan nilai pasaran RM7,000 harus bayar Cukai Jalan (RM1,130 setahun) 12.55 kali ganda atau 1,255% lebih dari saudagar unta jutawan yang pandu Mercedes-Benz W205 C-Class 1.5 L turbo yang berharga RM259,888 (RM90 setahun)!
Masuk akal? Cikgu pencen pandu Mercedes 260E lama bayar RM1,130 cukai jalan setahun . . . dan saudagar jutawan pandu Mercedes C-Class baru bayar RM90 cukai jalan setahun?
Sudah tiba masanya Cukai Jalan dihitung secara adil . . . iaitu berdasarkan NILAI PASARAN TERKINI kenderaan mengikut jadual dan formula yang ditetapkan. Inilah cara Cukai Jalan — dipanggil Registration Fees — dihitung di California.
Di sini, Registration Fees tahunan dirumuskan seperti berikut:-
Contoh: Untuk BMW 335i xDrive tahun 2015 dengan Nilai Pasaran $20,000, Total Registration Fees bagi tahun ini ialah:-
$58.00 + $25.00 + $50.00 = $133.00
Itu saja.
$133.00 untuk satu tahun.
Tahun hadapan dan seterusnya akan turun lagi mengikut Nilai Pasaran kenderaan.
Saiz enjin TIADA PERANAN dalam perhitungan. Nak guna enjin besar mana itu korang punya pasal.
Bayangkan, BMW 335i ini bersaiz enjin 3,500 cc. Di Malaysia kita, Cukai Jalan untuk enjin saiz ini ialah RM4,380 setahun! Selepas diambil kira kadar tukaran wang, Cukai Jalan BMW 335i ini 800% lebih mahal di Malaysia dari di LA.
Bila diambil kira KDNK per capita LA County $70,000 berbanding $10,000 untuk Malaysia . . . kos sebenar Cukai Jalan BMW 335i ini — selepas “Adjusted for Relative Wealth — adalah 5,600% atau 56 kali ganda lebih mahal untuk Rakyat kita.
.
Dengan rintangan kewangan gergasi sebegitu rupa, apa yang Rakyat Malaysia terpaksa lakukan selama ini?
Ya, pengimport pilih enjin sekecil mungkin bagi setiap model dan jenama.
Contoh . . . Rakyat negara lain pakai BMW G30 540i dan 550i xDrive, kita terpaksa memadai dengan 520i . . . separuh kapasiti enjin untuk angkut kereta yang sama + beban aircon cuaca panas kita. Begitu juga dengan Mercedes-Benz. Model W222 S-Class sepatutnya S560 dan S650. Baru boleh bergolek tayar kapal darat hampir tiga tan itu. Tapi untuk pasaran kita, entry-level S450 yang dipasarkan . . . itu pun guna enjin 3,000 cc yang dicekup dari C-Class negara lain. Di traffic light, Wira 1.8 zaman Reformasi pun boleh lawan pickup dengan raksaksa tak bertaring ini.
Begitulah senarionya dengan segala jenama kenderaan.
Akibatnya?
Rakyat Malaysia pandu kenderaan UNDERPOWERED yang membawa berbagai gejala operasi dan risiko keselamatan di jalan dan lebuhraya.
Lori dan bas juga semuanya underpowered untuk jimat Cukai Jalan. Mendaki jalan curam pun susah, apatah lagi bukit dan gunung. Korang yang pernah melalui Lebuhraya Timur Barat Grik-Jeli atau Jalan Raub-Lipis-Gua Musang tentu akan menyaksikan lori underpowered mengundang maut cuba memotong satu lagi lori underpowered sarat dengan balak di jalan dua lorong berliku.
.
Pokoknya, cukuplah menyusahkan Rakyat. Janganlah mendera pakcik tua pandu kereta lama ber-enjin besar. Dan berilah peluang Rakyat menikmati “performance and safety” dari enjin yang benar-benar berpadanan dengan kenderaan mereka seperti di negara lain.
Carilah formula terbaik untuk perhitungan semula Cukai Jalan. Elakkan Regressive Tax yang membebankan Rakyat marhaen sambil menyenangkan golongan berada.
Terapkan intipati Malaysia Baru dalam perhitungan Cukai Jalan.
I don't know. I think it's a goat. Waallahu aklam.
Assalamualaikum.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Luangkanlah masa anda 5 minit membaca kisah ini dan ambil lah pengajaran darinya. Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya. Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?” Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah". Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia. Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?” Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.” Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya; “Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?” Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.” Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ. Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?” Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari. “Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya. Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi. “Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat. Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. Dia menangis semahunya. “Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya. Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam. Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.” “Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim. “Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah. Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu. Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa? Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu. Abu bin Hasyim seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam. _*JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!*_ _*``TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?*_ *_Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?_* *_Allah SWT:_* *_SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar._* *_ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._* *_PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._* *_Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?_* *_Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu._* _Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. ---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)---_ *_Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._* *_Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya._* *_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia_* *(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)* Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah. Pentingnya Silaturrahim. Aamiin...
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
A blog by Idrisun Jahalun.
Assalamualaikum.
Muka tak malu.
Assalamualaikum.
Kalah 15,000 undi. Allahu Akbar.
Hari hari berdoa semoga Allah hapuskan dap. In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Assalamualaikum.
In Shaa Allah.
Assalamualaikum.
Aku selamba jer anti dap. Alhamdullilah.
Speaker yang baik ialah speaker yang anti dap. In shaa Allah.
Alhamdullilah.
A blog by Golbog Kitilop.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Assalamualaikum.
Alhamdullilah.
Tolong tolak dap.
Anti RBA.
Educating RBA. In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Apa kabar disana.
Teruskan buat baik. Semoga Allah beri lebih banyak kebaikkan. In shaa Allah.
In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
I love DSN. Alhamdullilah.
1day in your life. Alhamdullilah.
Assalamualaikum.
Tugas kita ialah mengutuk orang yang mengutuk umno dan pas.. In shaa Allah.
Imam yang tidak bedakwah untuk hapuskan dap dan dong zong dan yang bersama mereka ialah imam tin kosong. Alhamdullilah.
Tidur orang alim.
Just another blog by WaBush.
I don't like you because you don't like DSN. Alhamdullilah.
Pati dari China. Alhamdullilah.
Kebaikkan yang dibuat oleh orang kafir tidak ada nilai kepada Allah SWT.
Tolong jangan mati kalau tak boleh mengaji.
In shaa Allah.
Assalamualaikum.
Alhamdullilahir Rabbilaalamin.
Alhamdullilah.